Nama  : Noorhayati Binti Abu Bakar

Umur  : 51 Tahun

Ahli    : 2017

Jenis Perniagaan : Roti Canai Frozen

 

Latar belakang

Pn. Noorhayati merupakan seorang suri rumah sebelum beliau mula terlibat dalam pembuatan kuih muih dan berniaga secara kecil-kecilan. Beliau mula melihat pasaran Roti Canai Segeraatau Roti Canai Frozen.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum pengunaan ICT, Pn. Noorhayati hanya dapat memasarkan produk beliau di kawasan sekitar perumahan beliau sahaja. Pendapatan bulanan beliau juga tidak berapa memuaskan dengan hanya RM100 hingga RM500.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah di perkenalkan kepada Pusat Internet 1Malaysia Kg. Pasir Gogok, Pn Noorhayati mula mempelajari cara untuk memasarkan produk beliau melalui atas talian. Secara tidak langsung ia telah meningkatkan hasil jualan produk beliau. Beliau juga telah menhadiri pelbagai kelas dan kursus yang dianjurkan oleh pihak Pi1M dan Pertubuhan Peladang Kawasan Pengerang.

Nama    : Zarita Binti Busu

Umur    : 53 Tahun

Ahli       : 2014

 

Latar belakang

Pn Zarita Binti Busu merupakan penduduk tetap di Kampung Baru Pasir Gogok. Beliau telah menjadi Ahli Pusat Internet 1Malaysia Kg Pasir Gogok pada 30 April 2014 . Beliau juga merupakan Ketua Wanita UMNO Cawangan Kg Pasir Gogok . Selain itu, beliau juga turut memegang beberapa Jawatan Penting di Kampung Pasir Gogok ini seperti pengerusi tadika KEMAS dan AJK ICT. Beliau sering megikuti aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg Pasir Gogok samada Kelas atau Bengkel. Beliau juga merupakan Skuad sukarela Pi1M.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Saya menggunakan internet sebagai platform saya untuk mempelajari ilmu yang berfaedah , jadi saya jadikan PI1M ini sebagai tempat untuk sy mencari mempelajari Asas Komputer seperti Microsoft Office untuk membuat kertas kerja, Minit Mesyuarat arau surat Dengan adanya Pi1M ini juga , Ia dapat memudahkan kerja saya kerana untuk saya keluar mendapatkan maklumat mengambil masa lebih kurang 15 hingga 30 minit untuk ke tempat yang berhampiran kerana kawasan kampung saya terlatak di kawasan pedalaman. Selain Kelas ICT, saya juga turut mengikuti kelas Keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg Pasir Gogok.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas saya mengikuti kelas di Pusat Internet 1Malaysia Kg Pasir Gogok sedikit sebanyak saya telah mahir membuat kertas kerja dan minit mesyuarat.Selain itu juga, saya mempelajari cara membuat kunci kira-kira untuk urusan keluar masuk duit kerana sebelum ini saya hanya mencatat dalam buku sahaja. Saya juga sering menggunakan perkhidamtan yang di sediakan oleh PI1M kg Pasir Gogok seperti Photostat, Print dan Liminate.

Saya juga telah mendaftar untuk menghadiri kelas Keushawanan yang di anjurkan oleh Pi1M Kg Pasir Gogok seperti kursus Pemasaran Online (MYSHOP)

Di samping itu, saya juga turut di beri pendedahan berkiatan dengan klik Dengan Bijak. Ia dapat mengajar saya berkaitan kebaikan dan keburukkan penggunaan ICT dalam kehidupan seharian.

Nama   : Muhamad Nor Bin Tubi

Umur   : 23 Tahun

Ahli     : 2018

Jenis Perniagaan : Servis Membaiki Handphone 

 

Latar Belakang

En. Muhamad telah memulakan perniagaan servis membaiki handphone sejak 2016 . Kekurangan teknik dan saluran untuk mempromosikan perniagaan beliau merupakan suatu cabarn untuk mengembangkan perniagaan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum mendapat latihan dari Pi1m. Keuntungan beliau tidak memberangsangkan kerana permintaan untuk membaiki handphone sangat berada dalam kadar rendah iaitu sebulan beliau hanya dapat membaiki handphone sekitar 4-8 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah beliau melibatkan diri dalam latihan yang pihak PI1m sediakan, beliau mula mengorak langkah dengan menggunakan segala teknik dan ilmu yang beliau dapat bagi memajukan perniagaan servis membaiki handpone.

Nama    : Rafidah Syahira Binti M Ali

Umur    : 21 Tahun

Ahli      : 2016

Jenis Perniagaan : Gubahan Perkahwinan

 

Latar belakang

Pn. Rafidah merupakan seorang pekerja makan gaji, beliau membuat kerja sambilan dengan mengambil upah pelbagai gubahan perkahwinan, dari pakej hantaran, mas kawin, sehinggalah ke pakej kad jemputan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum pengunaan ICT beliau hanya membuat lakaran tangan untuk menghasilkan sesuatu gubahan yg menarik. Beliau juga hanya memgunakan kebolehan yang beliau ada untuk memambah pendapatan dengan hebahan dan promosi mulut ke mulut. Agak susah untuk memperkenalkan atau mempromosikan perkhidmatan beliau kepada orang luar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah beliau mengunakan kemudahan ICT yang disediakan oleh Pusat Internet KG. Pasir Gogok, beliau berjaya menghasilkan pelbagai jenis gubahan dengan lakaran yang lebih mudah dan cepat. Beliau juga banyak menggunakan PI1M untuk melihat video-video bagi menambah baik hasil tangan beliau.

Nama  : Nor Shafika Binti Azil

Umur   : 20 Tahun

Ahli      : 2014

 

Latar belakang

 

NORSAFIKA BINTI AZIL merupakan penduduk tetap di Kampung Baru Pasir Gogok. Beliau telah menjadi Ahli Pusat Internet 1Malaysia Kg Pasir Gogok pada 16 Mei 2014 . Beliau juga merupakan seorang penuntut di salah sebuah Kolej yang terletak di Bandar Penawar. Beliau mempelajari Asas ICT di Pusat Internet 1Malaysia Kg Pasir Gogok sehingga tamat. Beliau juga sering menggunakan perkhidmatan yang di sediakan di Pusat Internet 1Malaysia Kg Pasir Gogok seperti Kegunaan Komputer, fotostat dan mencetak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Saya menggunakan internet sebagai platform saya untuk mempelajari ilmu yang berfaedah , jadi saya jadikan PI1M ini sebagai tempat untuk sy mencari mempelajari Asas Komputer seperti Microsoft Office . Saya juga mengguankan Pusat Internet untuk membuat tugasan yang di berikan oleh Pensyarah . Dengan adanya Pi1M ini juga , Ia dapat memudahkan kerja saya kerana untuk saya keluar mendapatkan maklumat mengambil masa lebih kurang 15 hingga 30 minit  untuk ke tempat yang berhampiran kerana kawasan kampung saya terlatak di kawasan pedalaman. Selain Kelas ICT, saya juga turut mengikuti kelas Keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg Pasir Gogok.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas saya mengikuti kelas di Pusat Internet 1Malaysia Kg Pasir Gogok sedikit sebanyak saya telah mahir menggunakan Microsoft Office Word, Power Point dan Excel. Saya jugak turut mahir menggunakan Internet seperti membuat email dan Facebook.

Di samping itu, saya juga turut di beri pendedahan berkiatan dengan klik Dengan Bijak. Ia dapat mengajar saya berkaitan kebaikan dan keburukkan penggunaan ICT dalam kehidupan seharian. Saya juga diberi pendedahan berkaitan dengan Dashboard Komuniti. Ia sangat berguna untuk kehidupan harian dan membantu komuniti untuk mendapatkan informasi dari komuniti setempat. Banyak ilmu yang saya perolehi dari Pusat Internet 1Malaysia Kg Pasir Gogok kerana menawarkan pelbagai kelas dan bengkel untuk komuniti setempat agar setanding dengan komuniti bandar.