KUNITA (Persatuan Wanita Nelayan)

 

Persatuan KUNITA ialah sebuah Persatuan Wanita yang dianggotai oleh beberapa orang yang dipilih di dalam kawasan Perumahan Nelayan Kg. Pasir Gogok. Pada 1hb Februari 2013 yang lalu kami telah pun membuat perlantikan Ahli Jawatankuasi yang baru bagi memulakan segala aktiviti-aktiviti bagi Tahun 2013. Persatuan KUNITA adalah satu persatuan yang berjalan seiringan dengan Persatuan Perumahan Nelayan Kg. baru pasir Gogok. Persatuan KUNITA terdiri daripada 16 orang AJK. Aktiviti-aktiviti yang telah kami jalankan selama ini adalah menerima tempahan masakan dan juga menyewakan peralatan masakan kepada penduduk Kg. Pasir Gogok dan sekitarnya. Kami juga bergabung dengan Persatuan Perumahan Nelayan bagi menjalankan aktiviti gotong – royong di sekitar Perumahan Nelayan ini pada setiap bulan. 

 

Pengerusi

  Puan Norazah binti Abu Bakar 

Naib Pengerusi 

  Puan Rosnah binti Mohd Ali 

Bendahari 

  Puan Norlaila binti Salip 

Setiausaha 

  Puan Norhayati binti Abu Bakar 

Jurukira 1 

  Puan Hamidah binti Juahir 

Jurukira 2 

  Puan Zamiah binti Ibrahim 

 

Pelbagai aktiviti atau kelas yang jalankan bagi pergerakan KUNITA kami ini . Antaranya ialah :

1.Kelas Membuat Kek .

2.Kelas Membuat Kraftangan .

3.Mengikuti Program - Program yang telah di anjurkan samada dalam kampung Pasir Gogok atau Luar dari Kg .

4.Mengikuti program yang di anjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital kg pasir gogok.

5. Kelas Mengaji Pada Setiap Hari Ahad.