Nama  : Siti Khadijah Bintin Seahibullah

Umur  : 30 Tahun

Ahli    : 2023

Jenis Perniagaan : Pakaian 

 

Latar belakang

Puan Siti Khadijah telah menjadi ahli di NADI Kg Pasir Gogok bermula pada tahun 2023. Beliay telah menjalankan perniagaan dari rumah sejak 2023. Beliau berasal daripada mersing, Johor. Beliau Baru sahaja memulakan perniagaan beliau pada tahun 2023 dengan menjual pakaian bundle bayi dan kanak-kanak secara atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan

Sebelum beliau melibartkan diri bersama NADI Kampung Pasir Gogok, beliau tidak mahir untuk menggunakan aplikasi shopee dan tiktok seller centre untuk mempromosikan pernigaan beliau di platform atas talian. Selain itu, beliau juga tidak mahir dalam penyuntingan gambar dan video bagi produk promosi beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau melibatkan diri di NADI , beliau mempelajari bagaimana cara untuk memperbaharui sijil perniagaan beliau tanpa perlu bersusah payah ke bandar, hanya perlu menggunakan komputer serta perlu mengimbas dokumen yang diperlukan sahaja. Selain itu,beliau juga turut mendengar atau mengikuti ceramah yang disediakan oleh pihak SSM kepada para peniaga serta bantuan yang boleh diperolehi sekiranya ingin memperkembangkan perniagaan beliau. Beliau juga turut menyertai kursus pengendalian makanan yang di anjurkan oleh NADI dan juga beliau menyertai kursus Keusahawanan NADI.