Sekolah Tabika Kemas Al-Hidayah Kg Pasir Gogok

Sekolah Tabika Kemas Al-Hidayah di bina untuk kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun yang ingin memasuki Alam persekolahan sebelum mereka memasuki alam sekolah rendah . Terdapat seramai 22 orang murid yang di ajar di Sekolah Tabika KEMAS Al-Hidayah.

Sekolah Agama Kg. Pasir Gogok. 

Sejarah Sekolah Agama Kg. Pasir Gogok

Sekolah Agama Kg. Pasir Gogok telah dibina pada awal tahun 1953. Sekolah ini telah dibina hasil semangat bergotong royong oleh penduduk kampung. Bangunan asal hanyalah berbumbungkan atap nipah dan berlantaikan tanah. Ianya didirikan berhampiran bangunan Sekolah Kebangsaan Pasir Gogok dan Masjid Jamek (lama). Jumlah pelajar pada masa itu seramai 40 orang dengan aliran bilik darjah daripada darjah satu hingga darjah empat. Nama guru yang pertama yang bertugas di sekolah ini ialah Ustaz Salleh bin Suhaimi. Hari berganti hari, tahun silih berganti, bilangan murid sekolah agama semakin ramai. Masalah ini telah menyebabkan murid-murid sekolah agama dibenarkan menumpang di sekolah kebangsaan.Atas keperihatinan pihak kerajaan, maka telah diluluskan pembinaan sebuah bangunan sekolah agama satu tingkat ditapak yang ada sekarang ini. Pada penghujung tahun 1995, maka tersergamlah sebuah sekolah agama yang telah pun siap sepenuhnya dan mula beroperasi. Guru pertama yang mengajar di sekolah baru ini ialah Puan Rahmah Binti Rahmat sebagaii Guru Besar. Sekarang, pada tahun 2013, jumlah pelajar telah meningkat kepada 95 orang, 48 orang lelaki, dan 47 orang perempuan. 

Maklumat Guru

Jawatan

Nama

 Guru Besar

 Puan Rahmah binti Rahmat

 Guru Penolong Kanan 

 Puan Saziyah binti Sharkawi

 Guru Hal Ehwal Murid

 En. Abd Jalil bin Ali

 Guru Kokorikulum

 Puan Siti Hawa binti Bunawan 

Kejayaan Sekolah

 Tahun 

 Kejayaan

 2009

 Peperiksaan SDEA peringkat Daerah 

 2010

 Peperiksaan SDEA peringkat Daerah

 2010

 Tilawah (Bercerita) peringkat Negeri

Aktiviti Luar Sekolah

 Aktiviti

 Tarikh

 Tempat

 Ziarah Kematian

 2011

 Kg. Pasir Gogok

 Sambutan Israk Mikraj

 29 Jun 2011

 Masjid Kg. Pasir Gogok

 Majlis Sambutan Hari Raya 

 27 September 2011 

 Sekolah Agama Kg. Pasir Gogok

 Sambutan Hari Guru

 16 Mei 2011

 Sekolah Agama Kg. Pasir Gogok

 Majlis Jamuan Akhir Tahun

 16 November 2011

 Sekolah Agama Kg. Pasir Gogok

 Majlis Sembelihan

 16 November 2011

 Sekolah Agama Kg. Pasir Gogok

 Solat Hajat Perdana

 17 November 2011

 Sekolah Agama Kg. Pasir Gogok

 Gotong-royong Perdana

 17 November 2011

 Sekolah Agama Kg. Pasir Gogok 

 

Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kg Pasir Gogok

Maklumat Guru

 Guru Besar

 Puan Loo Beang Ai

 GPK Hal Ehwal Murid

 Encik Tan Wei Chung

 GPK Pentadbiran dan Kurikulum 

 Encik Song Yu Chuan

 GPK Kokurikulum

 Encik Edwin Chang Lep Jon

 Guru Akademik

 Encik Lau Yong Cheong

 Encik Enoch Ang

 Encik Mohd Faizal bin Hassan

 Cik Ng Lee Leen

 Cik Ng Geik Ying

 Cik Soon Xiao Fang

 Encik Abdul Radhi bin Ismail

 Pembantu Tadbir N17

 Puan Norzakian binti A.Wahab 

 

 

Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Pasir Gogok.

Sejarah Sekolah Kebangsaan Pasir Gogok 

Sekolah  Kebangsaan  Kampung  Baru  Pasir  Gogok,  terletak  di dalam    perkampungan  nelayan  dan  berhampiran  dengan  sebuah Estet  yang  dinamakan  Estet  Shanti. Jaraknya  lebih  kurang  82km dari  Bandar  Kota  Tinggi.  Kampung  Baru  Pasir  Gogok  merupakan satu  perkampungan  nelayan  yang  kecil.

Sekolah  ini  ditubuhkan  pada  tahun  1952  diatas   sebidang  tanah  oleh    penduduk   kampung  dan  dinamakan  Sekolah  Melayu Kampung  Pasir  Gogok  dengan  seramai  10 orang  murid  dan  tiga orang  tenaga  pengajar.

Pada  tahun  1983,  sebuah  bangunan  dua  tingkat  telah  didirikan untuk  menampung  kekurangan  bilik  kerana  pada  masa  itu,  bilangan  murid  telah bertambah sehingga  150 orang.  Bangunan  ini telah  menjadi  lambang  kemegahan  penduduk  kampung.

Pada  tahun  2011,  pihak  sekolah  menerima  sebuah  bangunan  4 tingkat yang  lengkap  untuk  kegunaan  warga  sekolah.  Semenjak  diwujudkan,  seramai 12 orang  guru besar  telah  berkhidmat.  Dengan adanya  tenaga  pengajar  dan  bilangan  murid  yang  sederhana  pihak sekolah  akan  sentiasa  berusaha  untuk  meningkatkan  lagi  prestasi cemerlang  dan  gemilang.

Pelajar Di sekolah ini meningkat dari tahun ke tahun .

Carta Organisasi Sekolah Rendah Kg. Pasir Gogok

Guru besar:

 En. Ismail bin Melan 

 Guru Penolong Kanan Kurikulum :

 En. Mohd Razib Md. Rajali

Jadual Waktu:

 Pn. Normawani bte Awang 

Data:

 En. Muhd Farhan b. Ishak

SKPM/SPSK:

 En. Mohd Razib Md. Rajali

Prasekolah:

 Pn. Siti Suraya bt Mokhtar

Kewangan:

En. Zulkifli bin Kassim

 Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid: 

 Pn. Nor Aidawati W.Abd

Disiplin/Pengawas:

En. Azmi b. Abd Ghani

RMT/PSS:

Pn. Siti Nurliza Khalid

RIMUP:

En. Mursyidi Ali Akbar

Bimbingan & Kaunseling:

En. Md Syukur bin Sapuan

Pendaftaran:

Pn. Nor Aidawati W. Abd

Pencegahan Dadah:

En. Azmi B. Abd Ghani

 Guru Penolong Kanan  Kokorikulum :

 En. Halim bin Hussain

Majlis Sukan:

En. Halim bin Hussain

Kelab & Persatuan:

Pn. Normawani bt. Awang

Unit Beruniform:

En. Md Razib Md. Rajali

Perayaan & Sambutan:

En. Halim bin Hussain

Kem Bestari Solat:

En. Mursyidi Ali Akbar

Sukan/Permainan:

En. Akmal Tumian

 

Pencapaian Sekolah Tahun 2010, 2011 dan 2012

 Tahun 

 Kokurikulum/Kokorikulum 

Pencapaian

 2010

 Kurikulum

 1- Smart School Qualification Standard – Peringkat Negeri Johor
 2- Linus 100% - Peringkat Daerah

 Kokorikulum

 1- Tempat ke-20 Catur Perempuan Bawah 12 Tahun – Peringkat Negeri
 2- Tempat ke-2 Catur Perempuan Bawah 12 Tahun – Peringkat Daerah
 3- 1 Emas, 2 Perak, 1 Gangsa Kejohanan Balapan dan Padang – Peringkat  Daerah
 4- Tempat ke-2 Pertandingan Mengarang Karnival Bahasa Tahap 1 Peringkat Daerah

 2011

 Kurikulum

 1- Bilik Operasi Peperiksaan Cemerlang –

 Peringkat Negeri

 2- Linus 100%  (ETR) - Peringkat Daerah
 3- UPSR – 4 orang pelajar mendapat 5A

 Kokorikulum

 1- Tempat ke-15 Catur Perempuan Bawah 12 Tahun – Peringkat Kebangsaan
 2- Tempat ke-4 Catur Perempuan Bawah 12 Tahun – Peringkat Negeri
 3- Johan Pertandingan Catur Perempuan Bawah 12 Tahun – Peringkat Daerah

 2012

 Kurikulum

 1- UPSR - 1 orang pelajar mandapat 4A 1B

 Kokurikulum

 1- 2 Emas, 2 Perak, 1 Gangsa Kejohanan Padang dan Balapan – Peringkat Daerah
 2- Olahragawan Lalelaki Bawah 12 Tahun Kejohanan Padang dan Balapan – Peringkat Daerah
 3- Naib Johan Pertandingan Sepak Takraw –

 Peringkat Daerah

 4- Naib Johan Pertandingan Sepak Takraw –
 5- 1 orang pelajar mewakili Sepak Takraw dan 1 orang pelajar mewakili olahraga –

 Peringkat Negeri

 6- Tempat ke-3 Pertandingan Nilam - Peringkat Negeri
 7- Tempat ke-3 Pertandingan Seplling Karnival Bahasa Inggeris – Peringkat Daerah