Nama : Halilah Binti Md Alip Umur : 59 Tahun Ahli : Tahun 2015 |
Latar belakang
Pn. Halilah merupakan seorang peniaga makanan sejak dari dahulu lagi, setelah beberapa tahun berniaga makanan beliau meluaskan perniagaan beliau dengan membuka tempahan catering bagi majlis-majlis perkahwinan di kawasan Kg. Pasir Gogok.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum pengunaan ICT beliau hanya mempromosikan perniagaan catering beliau melalui lisan . Ini membuatkan perniagaan beliau tidak dapat keluar dari kawasan setempat bagi meluaskan perniagaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah beliau mengunakan kemudahan ICT yang disediakan oleh Pusat Internet KG. Pasir Gogok, beliau berjaya meluaskan kawasan perniagaan beliau dengan memasuki kawasan felda dan bandar. Beliau juga banyak menggunakan PI untuk sebagai platform mencari resepi-resepi yang terkini bagi memenuhi permintaan pelanggan.
Nama : Nor Haslinda Binti Abdul Rahman Umur : 52 Tahun Ahli : 2014 |
Latar belakang
Pn. Norhaslinda Binti Abdul Rahman telah menjadi ahli di Pusat Internet Kg Pasir Gogok bermula pada tahun 2014. Beliau merupakan wanita yang atif di Kampung Pasir Gogok ini , beliau mempunyai pelbagai jawatan di Perumahan Nelayan dan beliau merupakan isteri kepada ketua Perumahan Nelayan Kg Pasir Gogok.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum pengunaan ICT beliau tidak pandai menggunakan micorosft Office word, excel dan power point. Beliau hanya meminta pertolongan daripada anak muda di Kampung Pasir Gogok untuk membuat minit mesyuarat , kertas kerja dan penyata keewangan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah beliau melibatkan diri di PI beliau mempelajari asas penggunaan Microsoft Office. Beliau merasakan bahawa pentingnya mempunyai Asas Microsft Office untuk kerja seharian beliau . Beliau kini lebih mahir menggunakan Komputer dan mempunyai kemahiran dalam Penggunaan Microsoft Office.
Nama : Mareyah Binti Alias Umur : 62 Tahun Ahli PI : 8 Jun 2017 |
Latar belakang
Pn. Mareyah merupakan seorang suri rumah sebelum beliau menguruskan Kedai Kek Marey Co miliknya kini, dengan pengalaman bekerja di kedai kek dan tunjuk ajar dari ibu belaiu,kini beliau mula menceburi bidang membuat roti dan kek. Sekitar tahun 2015 beliau telah menubuhkan sebuah syarikat Marey Co Kedai kek & Roti.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum pengunaan ICT, Pn. Mareyah hanya dapat memasarkan produk beliau di kawasan sekitar perumahan beliau sahaja. Pendapatan bulanan beliau juga tidak berapa memuaskan dengan hanya RM500 hingga RM700.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah di perkenalkan kepada Pusat Internet Kg. Pasir Gogok, Pn Mareyah mula mempelajari cara untuk memasarkan produk beliau melalui atas talian. Secara tidak langsung ia telah meningkatkan hasil jualan produk beliau.
Nama : Mahadi Bin Masban Umur : 45 Tahun Ahli PI : 8 Jun 2017 |
Latar belakang
En. Mahadi merupakan penduduk tempatan Kg. pasir Gogok, beliau merupakan buruh kasar dan melakukan kerja-kerja kampung. Beliau berumur 45 tahun dan sudah berkeluarga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau baru menceburkan diri didalam perniagaan Burger di kawasan Kg. Pasir Gogok. Perniagaan beliau agak memuaskan namun masih tidak mendapat sambutan dari penduduk sekitar
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pusat Internet Kg. Pasir Gogok telah memberi peluang kepada en. Mahadi untuk menghadiri Program pemasaran Online yang di adakan setiap bulan untuk usahawan baru dan juga yang lama. Kehadiran beliau telah membantu belaiu untuk mengiklankan produk beliau secara atas talian dan ia mendapat sambutan yang positif dari penduduk tempatan dan juga kawasan kampung yang berdekatan..
Nama : Aniza Binti Ahmad Umur : 36 Tahun Ahli PI : November 2016 |
Latar belakang
Pn. Anizz telah bermula berniaga online sekitar tahun 2014, beliau tidak dapat mempromosikan produk beliau secara online kerana masalah internet dah juga device. Perniagaan secara offline beliau kurang mendapat sambutan. Namun beliau tidak pernah berputus asa.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM150 sahaja sebulan. Jumlah produk bulanan yg dapat dijual hanya 10-30 sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pusat Internet Kg. Pasir Gogok telah memberi peluang kepada Pn. Anizz untuk menghadiri kelas latihan keusahawanan, kini beliau lebih memahami cara penggunaan facebook untuk tujuan pengiklanan produk beliau. Pihak PI Kg. Pasir Gogok juga telah memperkenalkan Dashboard Komuniti MyShop kepada beliau, Kini beliau dapat mempromosikan produk melalui online dengan mudah. Pelanggan beliau juga meningkat yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook, Instagram dan dashboard. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM3500.