Nama : Nor Shafika Binti Azil Umur : 20 Tahun Ahli : 2014 |
Latar belakang
NORSAFIKA BINTI AZIL merupakan penduduk tetap di Kampung Baru Pasir Gogok. Beliau telah menjadi Ahli Pusat Internet 1Malaysia Kg Pasir Gogok pada 16 Mei 2014 . Beliau juga merupakan seorang penuntut di salah sebuah Kolej yang terletak di Bandar Penawar. Beliau mempelajari Asas ICT di Pusat Internet 1Malaysia Kg Pasir Gogok sehingga tamat. Beliau juga sering menggunakan perkhidmatan yang di sediakan di Pusat Internet 1Malaysia Kg Pasir Gogok seperti Kegunaan Komputer, fotostat dan mencetak.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Saya menggunakan internet sebagai platform saya untuk mempelajari ilmu yang berfaedah , jadi saya jadikan PI1M ini sebagai tempat untuk sy mencari mempelajari Asas Komputer seperti Microsoft Office . Saya juga mengguankan Pusat Internet untuk membuat tugasan yang di berikan oleh Pensyarah . Dengan adanya Pi1M ini juga , Ia dapat memudahkan kerja saya kerana untuk saya keluar mendapatkan maklumat mengambil masa lebih kurang 15 hingga 30 minit untuk ke tempat yang berhampiran kerana kawasan kampung saya terlatak di kawasan pedalaman. Selain Kelas ICT, saya juga turut mengikuti kelas Keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg Pasir Gogok.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas saya mengikuti kelas di Pusat Internet 1Malaysia Kg Pasir Gogok sedikit sebanyak saya telah mahir menggunakan Microsoft Office Word, Power Point dan Excel. Saya jugak turut mahir menggunakan Internet seperti membuat email dan Facebook.
Di samping itu, saya juga turut di beri pendedahan berkiatan dengan klik Dengan Bijak. Ia dapat mengajar saya berkaitan kebaikan dan keburukkan penggunaan ICT dalam kehidupan seharian. Saya juga diberi pendedahan berkaitan dengan Dashboard Komuniti. Ia sangat berguna untuk kehidupan harian dan membantu komuniti untuk mendapatkan informasi dari komuniti setempat. Banyak ilmu yang saya perolehi dari Pusat Internet 1Malaysia Kg Pasir Gogok kerana menawarkan pelbagai kelas dan bengkel untuk komuniti setempat agar setanding dengan komuniti bandar.