Nama  : Siti Aishah Binti Zulrushdi

Umur  : 29 Tahun

Ahli    : 2017

Jenis Perniagaan : Perkhidmatan DJ dan Karaoke

 

 

 
 
Latar belakang
 
Puan Siti Aishah merupakan seorang usahawan muda di Kampung Pasir Gogok. Beliau
menjalankan pelbagai Jenis Perniagaan dan Salah Satunya adalah perkhidmatan Set
Karaoke, DJ dan Pengacara Majlis. Beliau membuat perkhidmatan di Majlis
Perkahwinan, Majlis di resort atau Hotel dan Pelbagai jenis majlis yang memerlukan
perkhidmatan beliau.
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
 
Sebelum penglibatan bersama Pusat Internet, beliau hanya membuat perkhidmatan di
kampung dan hanya membuat kira-kira secara manual untuk pengiraan untung dan rugi
dalam perniagaan beliau .
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
 
Setelah beliau mula melibatkan diri dengan program yang diadakan oleh pusat internet
serta pihak pusat internet sedikit sebanyak membantu beliau untuk mempromosikan
Perkhidmatan beliau di Facebook dan Whatsapp . Selain itu, beliau juga telah membuat
kira-kira untung dan rugi perniagaan beliau melalui Microsoft Office Excel seperti yang di
sarankan oleh petugas Pusat Internet supaya pengiraan lebih kemas dan mudah di
fahami. Beliau juga turut mempelajari cara membuat invois dan sebut harga
perkhidmatan beliau untuk diberikan kepada pelanggan beliau.

Nama  : Zurairah Binti Dahlan

Umur  : 45 Tahun

Ahli    : 2015

Jenis Perniagaan : Produk Makanan

 

Latar belakang

Puan Zurairah merupakan usahawan kecil yang baru melibatkan diri dalam bidang perniagaan , Beliau menjual makanan lauk pauk serta kuih muih di kawasan sekitar Kampung Pasir Gogok. Beliau juga mengambil tempahan makanan untuk majlis atau kenduri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mendapat latihan dari PI. Beliau hanya mengambil tempahan dan tidak memasarkan perniagaan beliau secara online . beliau hanya megambil tempahan dari penduduk Kampung yang datang ke rumah beliau sahaja dan hanya mengambil tempahan di kawasan Kampung Pasir Gogok

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau melibatkan diri dalam latihan yang pihak PI sediakan seperti langkah mempromosikan produk secara berkesan dan menarik minat pelanggan.Beliau banyak memasarkan produk beliau melalui aplikasi whatsapp . Beliau banyak mendapat tempahan dari pelanggan dan beliau juga menjalankan penghantaran kepada pelanggan beliau . Service ini sangat bagus bagi pelanggan beliau yang tidak sempat untuk ke kedai beliau. Selain , itu beliau juga mendapatkan perkhidmatan lain seperti mencetak iklan untuk perniagaan beliau.

Nama   : Siti Zakiah Binti Panut

umur    : 34 Tahun

Ahli      : 2017

Jenis Perniagaan : Bakery

 

Latar belakang 

Pn. Zakiah merupakan anak felda, dengan kelulusan SPM sahaja beliau mula menceburi bidang membuat roti dan kek. Sekitar tahun 2009 beliau telah mempunyai perniagaan sendiri yang di daftarkan atas nama Qieya Bakery.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum pengunaan ICT, Pn. Zakiah hanya dapat memasarkan produk beliau di kawasan sekitar felda sahaja. Pendapatan bulanan beliau juga tidak berapa memuaskan dengan hanya RM500 hingga RM700.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah di perkenalkan kepada Pusat Internet 1Malaysia Kg. Pasir Gogok, Pn Zakiah mula mempelajari cara untuk menghasilkan iklan, poster dan sticker produk yang lebih menarik. Secara tidak langsung ia telah meningkatkan hasil jualan produk beliau. Beliau juga telah memasarkan produk beliau di atas talian

Nama   : Ezalia Aliyssa Binti M.Nisfoo

Umur    : 14 Tahun

Ahli       : 2014

 

Latar belakang

Ezalia Aliyssa telah menjadi ahli di Pusat Internet Kg Pasir Gogok bermula pada tahun 2014. Beliau merupakan seorang anak jati Kampung Pasir Gogok dan merupakan seorang pelajar di salah sebuah sekolah berdekatan dengan Kampung Pasir Gogok.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan 

Sebelum pengunaan ICT beliau tidak pandai menggunakan micorosft Office , beliau mempunyai asas microsoft office tetapi tidak mahir menggunakannya. Ini menyebabkan beliau sukar untuk membuat kerja kursus yang diberikan oleh guru beliau. Kerja Kursus tersebut perlu menggunakan Microsoft seperti Word, Excel dan Power Point.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau melibatkan diri di PI beliau mempelajari asas penggunaan Microsoft Office khususnya dalam menggunakan Beliau kini lebih mahir menggunakan Microsoft office untuk membuat kerja-kerja yang diberikan oleh guru beliau. Selain itu, beliau juga turut menggunakan perlhidmatan lain yang disediakan di Pusat Internet , seperti kemudahan Wifi, mencetak dan mengimbas.

 

 

Nama   : Rafidah Syahirah Binti M. Ali

Umur    : 21 Tahun

Ahli       : 2016

Jenis Perniagaan : Gubahan Perkahwinan

 

Latar belakang

Pn. Rafidah merupakan seorang pekerja makan gaji, beliau membuat kerja sambilan dengan mengambil upah pelbagai gubahan perkahwinan, dari pakej hantaran, mas kawin, sehinggalah ke pakej kad jemputan.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum pengunaan ICT beliau hanya membuat lakaran tangan untuk menghasilkan sesuatu gubahan yg menarik. Beliau juga hanya memgunakan kebolehan yang beliau ada untuk memambah pendapatan dengan hebahan dan promosi mulut ke mulut. Agak susah untuk memperkenalkan atau mempromosikan perkhidmatan beliau kepada orang luar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah beliau mengunakan kemudahan ICT yang disediakan oleh Pusat Internet KG. Pasir Gogok, beliau berjaya menghasilkan pelbagai jenis gubahan dengan lakaran yang lebih mudah dan cepat. Beliau juga banyak menggunakan PI1M untuk melihat video-video bagi menambah baik hasil tangan beliau.