Nama  : Nur Syakirah Binti Mohd Lazim

Umur  : 23 Tahun

Ahli     : 2015

Jenis Perniagaan : Madu Kelulut

 

Latar belakang

Nur Syakirah Binti Mohd Lazim merupakan seorang usahawan kecil di kawasan Kg Linting, Tanjung Surat. Kampung tersebut antara kampung yang berdekatan dengan Kampung Pasir Gogok. Beliau baru sahaja memulakan perniagaan madu kelulut kerana beliau baru mendapatkan sijil dan kebenaran dari agensi-agensi yang terlibat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan bersama Pusat Internet, beliau membuat jualan tersebut di kawasan kampung beliau , Beliau juga membuat kertas kerja , dan pengiraan untung rugi secara manual kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang tersebut. Kawasan rumah beliau juga agak pedalaman dan jauh dari kawasan lain untuk mendapatkan perkhidmatan ICT atau kelas keusahawanan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau mula melibatkan diri dengan program yang diadakan oleh pusat internet serta pihak pusat internet sedikit sebanyak membantu beliau untuk mempromosikan Perkhidmatan beliau melalui platform yang berkaitan. Beliau juga mengikuti kelas shopee dan lazada yang dianjurkan oleh Pusat Internet . Selain itu, beliau juga beliau mempelajari Microsoft Office Excel dan juga mengikuti kelas keusahawnan seperti yang di sarankan oleh petugas Pusat Internet supaya pengiraan lebih kemas dan mudah di fahami. Beliau juga turut mempelajari cara membuat invois 

Nama  : Halilah Binti Md Alip

Umur  : 61 Tahun

Ahli     : 2014

 

Latar belakang

Puan Halilah telah menjadi ahli di Pusat Internet Kg Pasir Gogok bermula pada tahun 2014. Beliau merupakan penduduk Kampung Pasir Gogok yang sering menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet . Beliau sering melibatkan diri dalam pelbagai jenis kelas, aktiviti atau program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Pasir Gogok. Beliau juga merupakan salah seorang sukarelawan di Pusat Internet .

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan

Sebelum pengunaan ICT beliau tidak pandai menggunakan micorosft Office , beliau mempunyai asas microsoft office tetapi tidak mahir menggunakannya. Beliau minat untuk mendalami ilmu ICT di Pusat Internet . Beliau sering datang ke Pusat Internet Untuk belajar .

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau melibatkan diri di PI beliau mempelajari asas penggunaan Microsoft Office khususnya . Beliau juga merupakan usahawan di Kampung Pasir Gogok., Beliau juga turut mengikuti kelas keusahawanan yang dianjurkan di Pusat Internet , Beliau juga telah mahir memasarkan produk beliau di platform shopee dan lazada selain di Aplikasi whatsapp dan Facebook.

Nama   : Nur Afrina Binti Daud

Umur   : 26 Tahun

Ahli      : 2018

Jenis Perniagaan  : Makanan

 

Latar belakang

 

Puan Nur Afrina seorang usahawan muda di Kampung Pasir Gogok. Beliau menjalankan perniagaan makanan seperti kuih muih, biskut dan cocojar shake. Beliau juga merupakan seorang suri rumahtangga sepenuh masa dan telah menjadi ahli di pusat internet pada tahun 2018. Beliau juga merupakan lepasan ijazah di salah sebuah univiersiti tempatan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum penglibatan bersama Pusat Internet, beliau hanya membuat perkhidmatan di  kampung dan hanya membuat kira-kira secara manual untuk pengiraan untung dan rugi dalam perniagaan beliau .

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau mula melibatkan diri dengan program yang diadakan oleh pusat internet serta pihak pusat internet sedikit sebanyak membantu beliau untuk mempromosikan Perkhidmatan beliau di Facebook dan Whatsapp . Selain itu, beliau juga telah membuat kira-kira untung dan rugi perniagaan beliau melalui Microsoft Office Excel seperti yang di sarankan oleh petugas Pusat Internet supaya pengiraan lebih kemas dan mudah di fahami. Beliau juga turut mempelajari cara membuat invois dan sebut harga perkhidmatan beliau untuk diberikan kepada pelanggan beliau. Beliau juga turut mencetak flyers iklan di pusat internet Kampung Pasir Gogok untuk pelanggan beliau

Nama   : Siti Zanisari Binti Abdullah

Umur   : 54 Tahun

Ahli      : 2016

Jenis Perniagaan  : Minyak Wangi

 

Latar belakang

Puan Siti Zanisari Binti Abdullah merupakan seorang usahawan di Kampung Pasir Gogok. Beliau menjalankan peniagaan Pewangin yang diberi nama RIFFORA Perfume. Beliau baru sahaja terlibat dalam perniagaan online dan mula berniaga di kawasan sekitar Kampung Pasir Gogok .

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan bersama Pusat Internet, beliau hanya meniaga dari rumah ke rymah di kampung Pasir Gogok dan Kampung sekitarnya. Beliau hanya iklankan produk beliau melalui aplikasi ‘Whatsapp’ dan ‘Facebook’.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau mula melibatkan diri dengan program yang diadakan oleh pusat internet serta pihak pusat internet sedikit sebanyak membantu beliau untuk mempromosikan Perkhidmatan beliau melalui platform seperti shopee dan lazada . Beliau juga mengikuti kelas shopee dan lazada yang dianjurkan oleh Pusat Internet . Selain itu, beliau juga beliau mempelajari Microsoft Office Excel seperti yang di sarankan oleh petugas Pusat Internet supaya pengiraan lebih kemas dan mudah di fahami. Beliau juga turut mempelajari cara membuat invois .

 

Nama  : Nurul Aida Binti Abd Kadir

Umur  : 14 Tahun

Ahli    : 2014

 

 

Latar belakang

Nurul Aida telah menjadi ahli di Pusat Internet Kg Pasir Gogok bermula pada tahun 2014. Beliau merupakan seorang anak jati Kampung Pasir Gogok dan merupakan seorang pelajar di salah sebuah sekolah berdekatan dengan Kampung Pasir Gogok.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan 

Sebelum pengunaan ICT beliau tidak pandai menggunakan aplikasi asas komputer seperti microsoft office,adobe photoshop dan lain-lain , Disebabkan itu beliau sukar untuk menyelesaikan segala kerja kursus bagi mata pelajaran beliau di sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau melibatkan diri di PI beliau mempelajari asas penggunaan Microsoft Office dan adobe photoshop ,beliau serba sedikit sudah sedikit mahir menggunakan komputer dan ini memudahkan beliau dalam menyelesaikan segala kerja dan tugasan dari sekolah . Selain itu, beliau juga turut menggunakan perlhidmatan lain yang disediakan di Pusat Internet , seperti kemudahan Wifi, mencetak dan mengimbas.