-Latar Belakang Sejarah Kampung Pasir Gogok-

Adalah diceritakan bahawa Kampung Pasir Gogok telah pun wujud sejak tahun 1910 lagi. Ianya dipercayai tlah diteroka oleh penduduk asal kampung ini  yang pada masa itu hanyalah sebuah kampung nelayan yang terpencil, terletak di persisiran Selat Tebrau. Pekerjaan utama penduduk kampung pada masa itu hanyalah sebagai nelayan. Wujudnya nama Pasir Gogok kerana pada masa itu memang terdapat banyak ulat gonggok dan kebetulan struktur tanah di kampung ini yang berpasir, maka diambil nama tersebut sebagai nama kampung ini hinggalah kekal ke hari ini. Dimaklumkan pekan Kampung Pasir Gogok pada masa itu ialah  Tanjung Sekatan yang sekarang ini dikenali sebagai Parit Nyonya Ashi. Pada tahun 1906, Sultan Abu Bakar (sebelum membuka Johor Lama) bersama sahabatnya Ku Mat telah menjelajah dari Pahang hingga ke selatan Tebrau. Setelah membuka Johor, Sultan Abu Bakar dilantik menjadi Sultan Johor. Oleh kerana Tanjung Belungkur pada masa itu telah pun mempunyai Penghulu yang di gelar Seri Belungkur, maka Sultan Johor telah pun menyerahkan Kampung Pasir Gogok agar ditadbir oleh Ku Mat. Maka Ku Mat bersama Pindah(tukang masak) datanglah ke kampung ini bagi menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Ku Mat telah membuka penempatan baru di Tanjung Bunga yang sekarang ini lebih dikenali sebagai Tanjung Apek. Penempatan baru ini diberi nama Pasir Bunga. Secara tidak langsung maka wujudlah dua kampung iaitu Kampung Pasir Gogokdan Kampung Pasir Bunga. Ku Mat dipercayai mempunyai banyak keistimewaan, dan diantara keistimewaannya ialah dikatakan bahawa Ku Mat berdarah putih. Segala masalah kampung yang kecil akan diselesaikan oleh Ku Mat manakala kes-kes berat seperti bunuh akan dirujuk kepada Sultan. Antara prasarana yang didirikan oleh Ku Mat termasuklah istana dan masjid. Ku Mat telah menjalankan tugasnya dengan baik sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir dan disemadikan di Kampung Pasir Gogok.

Kampung Baru Pasir Gogok terletak di kawasan Mukim Pengerang, kira-kira 8KM barat-laut Pekan Pengerang, 5KM dari selatan Tanjung Belungkor Johor Ferry Terminal. 

Kampung Baru Pasir gogok di tubuhkan pada tahun 1930. Nama Kampung asal daripada "Hao Sa Gu"dalam bahasa cina, bermaksa lembah pasir yang subur.

Kampung Baru Pasir Gogok ini di buka oleh pendatang asing dari Hakka , Negara Cina dan Pulau Tekong, Singapura, Seramai lebih kurang 200 Orang.

Mereka berenang di tepi laut sini berdekatan sungai Baoh Besar , sejauh 2KM dari tapak perkampungan hari ini. Pekerjaan penduduk asal pada masa itu , kebanyakkan dalam sektor pertanian seperti kelapa, getah, kayu arang dan sebagainya. Hasil itu dieksport singapura melalui bot.

Mulai tahun 1940 , kaum melayu tiba dan tinggal bersama-sama di kampung ini.

populasi meningkat 800 orang pada tahun 1947 . Kampung Baru Pasir Gogok di tubuh bawah perintah kerajaan pada tahun 1948 , dan lebih kurang 160 keluarga semua dikumpul setempat di tapak perkampungan hari ini . Ketika tahun enam-puluh, populasi Kampung Baru Pasir Gogok sejak 1500 orang. Tetapi mulai tahun 1970 , ramai kaum cina berpindah keluar singapura, Johor Bahru dan bandar-bandar lain . PendudukKampung Baru Pasir Gogok hari ini hanya hampir 700 Orang , Pekerjaan sebagai nelayan , petani dan lain-lain . kehidupan anak kampung di sini aman dan bersatu padu antara kaum melayu dan cina.