Nama : Zunika Bnti Zazali Umur : 37 Tahun Ahli : 2017 Jenis Perniagaan : Surprise Box dan Bouquet Bunga |
Latar belakang
Puan Zunika Binti Zazali telah menjadi ahli di Pusat Internet Kg Pasir Gogok bermula pada tahun 2017. Beliau merupakan seorang anak jati Kampung Pasir Gogok. Beliau baru memulakan perniagaan membuat surprise box dan bouquet bunga di kampung pasir gogok. Beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan mendapat sambutan .
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum pengunaan ICT beliau tidak pandai menggunakan micorosft Office , beliau mempunyai asas microsoft office tetapi tidak mahir menggunakannya. Beliau juga sering mengunjungi ke pusat pusat internet sekiranya beliau ingin mendapatkan perkhidmatan di sini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah beliau melibatkan diri di PI beliau lebih mahir menggunakan microsoft office seperti mengedit ucapan supaya kelihatan lebih cantik dan menarik. beliau juga mempelajari untuk membuat poster dengan menggunakan apliaksi canva supaya kad ucapan beliau untuk di letakan di dalam gubahan beliau kelihatan lebih menarik. beliau juga turut mengikuti program yang diadakan di PI Kampung Pasir Gogok
Nama : Zuhairah Binti Omar Umur : 31 Tahun Ahli : 2017 Jenis Perniagaan : Makanan Sejuk Beku |
Latar belakang
Puan Zuhairah Binti Omar telah menjadi ahli di Pusat Internet Kg Pasir Gogok pada tahun 20217. Beliau merupakan penduduk tetap Kampung Pasir Gogok . Beliau baru sahaja memulakan perniagaan menjual makanan sejuk beku iaitu pelbagai jenis Durian Crepe dan membuka warung kecil-kecilan di kawasan rumah beliau . beliau juga sering mendapatkan perkhidmatan di Pusat Internet Kampung Pasir Gogok seperti mencetak , membuat surat serta membuat poster.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan
Sebelum pengunaan ICT beliau tidak berapa mahir menggunakan micorosft Office , beliau mempunyai asas microsoft office tetapi tidak mahir menggunakannya. Beliau minat untuk mendalami ilmu ICT di Pusat Internet . Oleh kerana rumah beliau terletak berhampiran dengan Pusat Internet , beliau kerap hadir ke Pusat Internet untuk mempelajari ICT. Beliau sering datang ke Pusat Internet Untuk belajar dan meminta bantuan daripada petugas Pusat Internet . beliau juga mempelajari bagaimana untuk menghasilkan poster untuk perniagaan beliau dan meng'edit' gambar produk beliau supaya kelihatan menarik apabila dipromosikan di media sosial .
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah beliau melibatkan diri di PI beliau mempelajari asas penggunaan Microsoft Office khususnya .Beliau juga sering menggunakan aplikasi yang terdapat di smartphone beliau memandangkan sekarang PKP untuk mempromosikan perniagaan beliau . Beliau juga sering datang ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan lain yang terdapat di Pusat Internet sepeti mencetak, penggunaan wifi dan sebagainya . Beliau juga turut mempelajari bagaimana membuat iklan dan vedio untuk mempromosikan perniagaan beliau.
Nama : Marlina Binti Ahmad Dah Umur : 34 Tahun Ahli : 2014 Jenis Perniagaan : Potret |
Latar belakang
Pn. Marlina merupakan seorang pekerja dalam sektor swasta . beliau juga menjalankan perniagaan secara kecil – kecilan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga Beliau menjalankan perniagaan memory potret.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mendapat latihan dari PI. Beliau hanya menjalan perniagaan menggunakan aplikasi seperti whatsapp dan facebook . Beliau banyak mengiklankan produk beliau di sana .
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah beliau melibatkan diri dalam latihan yang pihak PI sediakan seperti langkah mempromosikan produk secara berkesan dan menarik minat pelanggan. Beliau juga turut menyertai program keushawanan yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet . Beliau mengikuti kelas shopped dan lazada yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Pasir Gogok. . Selain , itu beliau juga mendapatkan perkhidmatan lain seperti mencetak iklan untuk perniagaan beliau.
Nama : Liyana Binti Omar Umur : 34 Tahun Ahli ; 2014 |
Latar belakang
Puan Liyana Binti Omar telah menjadi ahli di Pusat Internet Kg Pasir Gogok bermula pada tahun 2014. Beliau merupakan seorang anak jati Kampung Pasir Gogok dan merupakan Usahawan kecil dengan menjual kuih muih , pakaian dan barangan kesihatan di kampung beliau .
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan
Sebelum pengunaan ICT beliau tidak pandai menggunakan micorosft Office , beliau mempunyai asas microsoft office tetapi tidak mahir menggunakannya. Beliau juga sering mengunjungi ke pusat pusat internet sekiranya beliau ingin mendapatkan perkhidmatan di sini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah beliau melibatkan diri di PI beliau mempelajari asas penggunaan Microsoft Office khususnya dalam menggunakan Beliau kini lebih mahir menggunakan Microsoft office dan boleh menaip surat dan membuat kertas kerja dengan mudah dan cepat .
Nama : Shazrina Binti Abu Umur : 32 Tahun Ahli : 2021 Jenis Perniagaan : Pakaian |
Latar belakang
Pn Shazrina Binti Abu telah menjadi ahli di Pusat Internet Kg Pasir Gogok bermula pada tahun 2021. Beliau merupakan usahawan baru kampung pasir Gogok yang menggunakan platform yang ada di Pusat Internet .Beliau juga merupakan seorang pengusaha pakaian secara atas talian di platform shopee yang berjaya . Beliau sering melibatkan diri dalam pelbagai jenis kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Pasir Gogok.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan
Sebelum pengunaan ICT beliau tidak berapa mahir menggunakan platform shopee untuk mempromosikan perniagaan beliau , beliau juga mempunyai asas microsoft office tetapi tidak mahir menggunakannya. Beliau minat untuk mendalami ilmu ICT di Pusat Internet . Beliau sering datang ke Pusat Internet Untuk belajar dan meminta bantuan daripada petugas.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah beliau melibatkan diri di PI beliau mempelajari asas perniagaan dari pusat internet .Beliau juga sering mengikuti kelas atau bengkel yang dianjurkan oleh Pusat Internet . Beliau lebih mahir dan mengetahui cara mempromsikan produk jualan beliau melalui platform shopee, membayar bil-bil, dan memperbaharui lesen perniagaan beliau. Perniagaan beliau semakin maju. produk jualan beliau semakin hari semakin meningkat