KAMPUNG PASIR GOGOK

 

                                                                   
-Peta Kawasan Kg Pasir Gogok-

KAMPUNG PASIR GOGOK

Kampung Pasir Gogok terletak di daerah Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Jumlah Kepadatan penduduk di Kampung Pasir Gogok ini adalah di antara 300-400 Orang penduduk. Kampung Pasir Gogok ini terletak jauh di antara Kampung yang lain . Lokasinya adalah terletak di antara Felda Adela dan Tanjung Belungkor. Kampung Pasir Gogok terletak di tepi laut yang berpantaikan lumpur paya bakau.

   

DAERAH KOTA TINGGI

 

Asal usul nama daerah Kota Tinggi ialah Kota yang di bina di tempat di atas kawasan tempat tinggi di tebing Sungai Johor. Pembinaan Kota tersebut adalah di sebabkan untuk menangkis serangan dari Portugas yang berusaha untuk melenyapkan kuasa Kesultanan Melayu pada tahun 1511.

Oleh kerana sungai Johor adalah kawasan yang selamat untuk berteduh dari gelora Laut Cina Selatan . Ia juga telah menjadi salah satu tumpuan para pedagang sejak pada zaman silam lagi. Banyak  peninggalan yang di tinggalkan oleh Empayar Rom yang telah di temui di Kota Tinggi .

 

NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

 

Asal usul nama Negeri Johor adalah diambil dari perkataan bahasa arab iaitu "Jauhar" yang bermaksud "permata berharga". Para pedagang dari Arab telah datang dan menjalankan perniagaan rempah yang  terkenal sejak dahulu lagi.

Pembukaan negeri Johor bermula pada kurun ke-16 apabila Melaka di tawan oleh Portugis. Sultan Mahmud Syah merupakan perwaris terakhir kesultanan Melaka telah melarikan diri dan membuka kerajaan Negeri Johor. Johor telah pun meluaskan empayarkan sehingga ke Riau pada waktu itu.

Sejarah Johor moden bermula di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar.Kini Johor di sempadani oleh Melaka, pahang dan Singapura merupakan salah sebuah Negeri yang pesat membangun di Malaysia .

AHLI PARLIMEN DAN ADUN 

 

AHLI PARLIMEN

DATO' SRI AZALINA OTHMAN SAID

 P157 PENGERANG

 

ADUN 

 

YANG BERHORMAT TUAN AZNAN BIN TAMIN 

N39 TANJUNG SURAT