PELANCONGAN 

TEMPAT - TEMPAT PELANCONGAN YANG TERDAPAT DI KAMPUNG BARU PASIR GOGOK DAN BERHAMPIRAN DENGAN KAMPUNG BARU PASIR GOGOK YANG MENJADI TUMPUAN ORANG RAMAI .

- JETI NELAYAN KG BARU PASIR GOGOK-

: jeti nelayan kg baru pasir gogok ini terletak berhadapan dengan balairaya dan pusat internet kg baru pasir gogok . Dari jeti itu kite blh lihat keindahan laut dan nelayan - nelayan turun ke laut untuk mencari rezeki . Dari jeti nelayan ini kita dapat lihat keindahan alam yang sangat cantik . 

 - PANTAI DESARU-

: Desaru merupakan suatu tempat perlancongan yang menarik . Ia menjadi tumpuan kepada para pengunjung pada musim cuti sekolah kerana mereka mengisi masa lapang bersama - sama  . Desaru terletak lebih kurang 20KM dari kg pasir gogok.

                               

-PANTAI TANJUNG BALAU-

:Kg Pasir Gogok berdekatan dengan laut . salah satunya ialah pantai tanjung Balau , pantai ini juga menjadi tumpuan bagi mereka yang ingin mengisi masa lapang serta bercuti bersama keluarga . Ia terletak lebih kurang 20KM Dari Kg Pasir Gogok . Selain daripada pantai di tanjung Balau juga terdapat Kolam untuk kanak-kanak dan dewasa mandi . Hanya di kenakan bayaran sebanyak RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

                

- AIR TERJUN KOTA TINGGI-

: Air terjun kota tinggi ini juga menjadi tumpuan org ramai tidak kira pada waktu musim cuti sekolah atau pun hari biasa , Tetapi bg penduduk kg pasir gogok ini terlalu jauh untuk mereka kesana. Air terjun kota tinggi ini terletak lebih kurang 70KM dari kg Pasir Gogok ini.

      

 

- PASIR GOGOK RESORT -

: Pasir Gogok Resort terletak di kawasan Pasir Gogok. Pasir Gogok Resort ini baru di buka Pada bulan Februari 2016. Ini merupakan tarikan pelancong untuk datang ke Pasir Gogok kerana berbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti BBQ, Mandi Kolam, atau berbasikal. 

   

 

- DESARU COAST -

Desaru Coast Malaysia merupakan satu tempat pelancongan yang baru di bina pada tahun 2018 . Desaru coast juga merupakan daya tarikan pelancong untuk datang ke Malaysia . Desaru coast boleh menjadi tempat percutian seisi keluarga kerana ia merupakan taman tema air yang menarik dan sesuai dengan pelbagai lapisan umur . Desaru Coast terletak lebih kurang 28KM dari Kampung Pasir Gogok.