Nama  : Siti Khadijah Bintin Seahibullah

Umur  : 30 Tahun

Ahli    : 2023

Jenis Perniagaan : Pakaian 

 

Latar belakang

Puan Siti Khadijah telah menjadi ahli di NADI Kg Pasir Gogok bermula pada tahun 2023. Beliay telah menjalankan perniagaan dari rumah sejak 2023. Beliau berasal daripada mersing, Johor. Beliau Baru sahaja memulakan perniagaan beliau pada tahun 2023 dengan menjual pakaian bundle bayi dan kanak-kanak secara atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan

Sebelum beliau melibartkan diri bersama NADI Kampung Pasir Gogok, beliau tidak mahir untuk menggunakan aplikasi shopee dan tiktok seller centre untuk mempromosikan pernigaan beliau di platform atas talian. Selain itu, beliau juga tidak mahir dalam penyuntingan gambar dan video bagi produk promosi beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau melibatkan diri di NADI , beliau mempelajari bagaimana cara untuk memperbaharui sijil perniagaan beliau tanpa perlu bersusah payah ke bandar, hanya perlu menggunakan komputer serta perlu mengimbas dokumen yang diperlukan sahaja. Selain itu,beliau juga turut mendengar atau mengikuti ceramah yang disediakan oleh pihak SSM kepada para peniaga serta bantuan yang boleh diperolehi sekiranya ingin memperkembangkan perniagaan beliau. Beliau juga turut menyertai kursus pengendalian makanan yang di anjurkan oleh NADI dan juga beliau menyertai kursus Keusahawanan NADI.

Nama  : Ariffin Bin Abd Aziz

Umur  : 58 Tahun

Ahli    : 2018

 

LATAR BELAKANG

En. Ariffin telah menjadi Ahli di NADI Kg Pasir Gogok bermula pada tahun 2018. Beliau merupakan seorang usahawan di dalam Kampung Pasir Gogok.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN

Sebelum beliau melibatkan diri bersama NADI Kampung Pasir Gogok,beliau hanya mempelajari serba sedikit berkaitan komputer. Urusan yang berkaitan penggunaan komputer selalunya beliay meminta bantuan dari setiausaha sahaja.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN NADI

Setelah beliau melibatkan diri di NADI, beliau mempelajari secara mendalam berkitan dengan ICT Contohnya Microsoft Office, Membina E-mail, Klik Dengan Bijak, Penggunaan Internet dalam menguruskan Persatuan beliau. Ilmu-ilmu berkaitan dengan ICT ini amat penting pada masa kini. Beliau juga turut menghadiri kelas, bengkel serta aktiviti di anjurkan oleh NADI.

Nama : Muhammad Aminuddin Bin Muhammad Nasir

Umur : 21 Tahun

Ahli    : 2014

 

Latar belakang

Muhammad Aminuddin Bin Muhammad Nasir merupakan Ahli Pusat Internet Kg Pasir Gogok pada 30 Januari 2014. Beliau juga merupakan lepasan Institusi Pengajian berhampiran . Beliau sering mengikuti setiap aktiviti yang di jalankan oleh Pusat Internet Kg Pasir Gogok. Setiap kelas yang dianjurkan juga beliau turut serta samada kelas microsft office , program keusahawanan dan sebagainya. Beliau juga menjual produk makanan seperti kerepek untuk mengisi masa lapang beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau menggunakan internet sebagai platform untuk mempelajari ilmu yang berfaedah terutama semasa beliau masih menuntut di IPTA / IPTS, jadi beliau menjadikan PEDi ini sebagai tempat untuk mencari maklumat untuk membuat kerja kursus yang telah diberikan oleh pensyarah , Dengan adanya PEDi ini , dapat memudahkan kerja beliau kerana untuk  keluar mendapatkan maklumat mengambil masa lebih kurang 15 hingga 30 minit  untuk ke tempat yang berhampiran kerana kawasan kampung Pasir Gogok ini terlatak di kawasan pedalaman.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau menggunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan oleh PEDi untuk mendapat maklumat yang berguna seperti mempelajari cara untuk memuat turun perisian komputer dan pemasangan perisian komputer.

Beliau ada juga telah menghadiri kelas asas photoshop dan editing yang di anjurkan oleh PEDi Kg Pasir Gogok

Di samping itu, beliau juga turut di beri pendedahan berkaitan Advokasi dan klik Dengan Bijak. Ia dapat mengajar beliau berkaitan kebaikan dan keburukkan penggunaan ICT dalam kehidupan seharian.

Nama : Normawani Binti Mohd Noh

Umur  : 39 Tahun

Ahli   : 2014

 

Latar belakang

Pn. Normawani Binti Mohd Noh telah menjadi ahli di Pusat Ekomini Digital Kg Pasir Gogok bermula pada tahun 2014. Beliau merupakan AJK Persatuan Wanita di Kampung Pasir Gogok.Beliau juga sering mengikuti aktiviti yang telah dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Gogok serta menjadi sukarelawan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan

Sebelum pengunaan ICT beliau tidak pandai menggunakan micorosft Office word . Beliau hanya meminta pertolongan daripada petugas di Pusat Ekonomi Digital Kampung Pasir Gogok untuk membuat  surat rasmi dan kerja yang melibatkan penggunaan komputer. Beliau juga sering meminta bantuan untuk membuat kerja-kerja yang melibatkan persekolahan anak beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau melibatkan diri di PI beliau mempelajari asas penggunaan Microsoft Office khususnya dalam menggunakan Microsoft Word dalam menghasilkan surat rasmi . Beliau juga sudah mula mempelajari sedikit sebanyak berkaitan persekolah anak beliau. Beliau juga sudah mahir menggunakan aplikasi whats app dan shopee ..

Nama   : Zunika Bnti Zazali

Umur    : 37 Tahun

Ahli       : 2017

Jenis Perniagaan : Surprise Box dan Bouquet Bunga

 

Latar belakang

Puan Zunika Binti Zazali telah menjadi ahli di Pusat Internet Kg Pasir Gogok bermula pada tahun 2017. Beliau merupakan seorang anak jati Kampung Pasir Gogok. Beliau baru memulakan perniagaan membuat surprise box dan bouquet bunga di kampung pasir gogok. Beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan mendapat sambutan .

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum pengunaan ICT beliau tidak pandai menggunakan micorosft Office , beliau mempunyai asas microsoft office tetapi tidak mahir menggunakannya. Beliau juga sering mengunjungi ke pusat pusat internet sekiranya beliau ingin mendapatkan perkhidmatan di sini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau melibatkan diri di PI beliau lebih mahir menggunakan microsoft office seperti mengedit ucapan supaya kelihatan lebih cantik dan menarik. beliau juga mempelajari untuk membuat poster dengan menggunakan apliaksi canva supaya kad ucapan beliau untuk di letakan di dalam gubahan beliau kelihatan lebih menarik. beliau juga turut mengikuti program yang diadakan di PI Kampung Pasir Gogok