Nama  : Siti Aishah Binti Zulrushdi

Umur  : 29 Tahun

Ahli    : 2017

Jenis Perniagaan : Perkhidmatan DJ dan Karaoke

 

 

 
 
Latar belakang
 
Puan Siti Aishah merupakan seorang usahawan muda di Kampung Pasir Gogok. Beliau
menjalankan pelbagai Jenis Perniagaan dan Salah Satunya adalah perkhidmatan Set
Karaoke, DJ dan Pengacara Majlis. Beliau membuat perkhidmatan di Majlis
Perkahwinan, Majlis di resort atau Hotel dan Pelbagai jenis majlis yang memerlukan
perkhidmatan beliau.
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
 
Sebelum penglibatan bersama Pusat Internet, beliau hanya membuat perkhidmatan di
kampung dan hanya membuat kira-kira secara manual untuk pengiraan untung dan rugi
dalam perniagaan beliau .
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
 
Setelah beliau mula melibatkan diri dengan program yang diadakan oleh pusat internet
serta pihak pusat internet sedikit sebanyak membantu beliau untuk mempromosikan
Perkhidmatan beliau di Facebook dan Whatsapp . Selain itu, beliau juga telah membuat
kira-kira untung dan rugi perniagaan beliau melalui Microsoft Office Excel seperti yang di
sarankan oleh petugas Pusat Internet supaya pengiraan lebih kemas dan mudah di
fahami. Beliau juga turut mempelajari cara membuat invois dan sebut harga
perkhidmatan beliau untuk diberikan kepada pelanggan beliau.