Hasil makanan yang mudah di dapati di Kampung Pasir Gogok ini adalah seperti makanan laut. Ini adalah disebabkan oleh sumber utama penduduk Kampung Pasir Gogok ini adalah Nelayan .Kg Pasir Gogok ini terletak berhampiran dengan pantai , jadi disebabkan itu mudah untuk pengunjung atau pelancong untuk mendapatkan hasil laut yang segar dan "fresh" dari laut pada setiap pagi. Antara hasil tangkapan yang mudah di dapati adalah seperti pelbagai jenis ikan, udang, belangkas dan sotong.
Selain daripada Nelayan di Kampung Pasir Gogok ini terdapat juga , beberapa gerai makanan dan kedai runcit. Adakalanya penduduk di Kampung Pasir Gogok ini , membuat Nasi Lemak untuk di jual pada setiap pagi. Selain itu, terdapat juga penduduk yang membuat putu mayam , putu piring , "ice blanded" , burger dan di jual di pasar malam yang berhampiran dengan Kampung Pasir Gogok.